Expert Workshop bertemakan “Edible Garden” yang diadakan di Balai Muafakat, Felda Gunung Bongsu, Kulim, Kedah pada 29 Mac 2011 telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan.
Pada awalnya hanya 20 orang peserta mendaftar untuk mengikuti bengkel ini tetapi seramai 40 peserta telah hadir pada hari bengkel dilangsungkan. Sambutan yang di luar jangkaan daripada peneroka dan penerokawati Felda Gunung Bongsu ini amat memberangsangkan dan secara tidak langsung telah memeriahkan lagi majlis yang telah dirancang seawal bulan ….2011 ini.
Tema “Edible Garden” yang dipilih khas oleh PJK Felda Gunung Bongsu untuk sesi Expert Workshop di sini sememangnya amat dinantikan oleh ahli komuniti Felda Gunung Bongsu yang begitu bersemangat untuk mempelajari teknik tanaman “Edible Garden” yang boleh dipraktikkan segera sempena Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) yang bakal berlangsung pada 3 April 2011.
Pakar yang dijemput khas bagi menjayakan sesi ini adalah Juara Pertandingan Edible Garden Peringkat Negeri anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Juara Pertandingan Edible Garden Peringkat Kebangsaan anjuran FAMA sempena MAHA 2010 iatu Puan Mahani Binti Jalil. Bengkel ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan khas Encik Razali Pengurus Felda Gunung Bongsu, dan isteri, Ketua Peneroka Felda Gunung Bongsu serta Pengerusi GPW.
Di akhir bengkel, para peserta sempat menyampaikan hasrat mereka agar lebih banyak program sebegini diadakan dari masa ke semasa oleh PJK Felda Gunung Bongsu.
Bagi pihak penganjur, program ini diharap dapat mencapai objektifnya iaitu menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dan seterusnya menggunakan PJK sebagai pusat ilmu komuniti.
No comments:
Post a Comment